RSS

20 Tips Komposisi Fotografi Supaya Gambar Hidup

16 Nov

Selamat pagi. Dalam dunia fotografi, kita semestinya mahukan gambar terbaik terhasil dan gambar tersebut mampu bercerita. Ia tidak kaku dan mati begitu sahaja. Untuk mengelakkan perkara begini terjadi, komposisi sesuatu keadaan amat penting untuk dititik beratkan.

Bagaimana nak jadikan gambar hidup?

  • Tarik perhatian ke arah subjek. Perhatikan warna, bentuk, cahaya, garis dan apa sahaja yang nampak menarik di dalam frame sebelum ketik shutter.
  • Sederhana dalam susunan subjek. Jangan semua benda nak masuk sekaligus. Pilih subjek paling ketara.
  • Kurangkan elemen tak sekata dalam frame. Contohnya kita ambil permandangan tepi lau, jika dalam frame ada gambar lain yang tak diperlukan contohnya sampah di tepi frame, cuba elakkan, tutup atau pindah ke sudut lain supaya ia terlindung.
  • Sederhana dalam susunan subjek. Jangan semua benda nak masuk sekaligus. Pilih subjek paling ketara.
  • Kurangkan elemen tak sekata dalam frame. Contohnya kita ambil permandangan tepi lau, jika dalam frame ada gambar lain yang tak diperlukan contohnya sampah di tepi frame, cuba elakkan, tutup atau pindah ke sudut lain supaya ia terlindung.
  • Penuhi isi frame dengan subjek. Kadang kala kesan lebih kuat untuk foto tanpa latar belakang (background).
  • Jangan ada ruang kosong yang tidak penting. Contohnya subjek terlalu atasatau bawah frame.
  • Jika ambil foto sesuatu acara, pastikan tidak ada kepala, kaki, tangan atau lain-lain yang terpotong tanpa sebab yang kukuh. Ia mencacatkan gambar dan penceritaannya.
  • Pilih point of view yang maksimum. Tidak semestinya gambar diambil dari arah depan subjek sahaja.
  • Bahagikan foto kepada 9 kotak. (grid form). Letakkan subjek utama di persimpangan garisan tersebut.

  • Apabila ambil foto orang, usahakan agar mata orang tersebut berada di atas garisan tengah.

  • Bahagian paling cerah dalam gambar adalah yang paling menarik pandangan mata. Usahakan agar subjek berada di sana.
  • Latar belakang (background) juga penting. Gambar yang baik mempunyai latar belakang yang sekata. Subjek dapat timbul dan lebih mudah dilihat. kesan akan lebih nyata. latar belakang yang serabut dan bercampur-campur, menganggu pandangan.
  • Pilihan garisan. Kesan lebih lebar jika potretkan secara horizontal manakala kesan tinggi pada potret vertikal.

  • Cari pola berulang. Contohnya gambar lekuk pintu masjid dan sebagainya.
  • Cari pola simetri. Apa sahaja yang boleh nampak terbahagi dua.
  • Cari leading line, pola S
  • Potret kanak-kanak hendaklah diambil setara dengan mata mereka. bongkok jika perlu.
  • Hindari daripada mengambil gambar yang titik fokusnya di tengah.
  • Elakkan garisan horizontal di tengah kerana ia akan kaku dan mati. Biasanya terjadi pada gambar lanskap. Pastikan garisan horizontal berada 1/3 daripada gambar sama ada di atas atau di bawah dekat dengan frame.

  • Jangan biarkan garis horizontal melindungi subjek.
  • Check, check dan check gambar sebelum shutter diketik.

Terima kasih belajarfotografi.com

 
Leave a comment

Posted by on November 16, 2011 in Photography Tips

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: