RSS

Kepentingan “Blog Walking”

05 Dec

Bila kita “berblog walking” benda yang tak akan kita lupakan ialah meninggalkan jejak. Apabila kita meninggalkan jejak sudah tentu tuan blog yang kita lawati tadi akan cuba membalas jejak yang kita tinggalkan.

Bila berlakunya proses lawat melawati ini sekurang-kurangnya kita dapat membentuk hubungan sesama blogger. Dengan hubungan ini kita besama-sama dapat meningkatkan tahap dan kualiti kedua-dua blog. Bertukar dan berkongsi pendapat sesama blogger ialah tujuan sebenarnya kita berblog.

Tetapi akhir-akhir ini terdapat satu fenomena dimana hubungan ini tidak lagi terjalin kerana kehidupan di dunia blog tidak lagi seperti ini. Sekarang sudah adanya program atau software yang telah dicipta untuk mengambil alih kerja manusia untuk berhubung contohnya seperti meninggalkan komen dan shout di chatbox.

Keburukan fenomena ini ialah kita tidak lagi berhubung sesama manusia. Tetapi kita berhubung dengan robot. Ini akan membentuk hubungan 1 hala.

Ada beberapa cara yang betul untuk kita meninggalkan jejak dengan betul ketika kita berblog. Antara cara-caranya ialah :

TINGGALKAN KOMEN

Ini Cara terbaik untuk kita meninggalkan jejak. Dengan meninggalkan komen, kita dapat memberi cadangan atau pendapat kita secara peribadi terhadap sesuatu artikel. Cara ini menunjukkan yang kita menghargai karya seseorang dan sekaligus dapat memberi semangat kepada penulis untuk menulis lagi.

FOLLOW

Follow disini bukan hanya menjadi follower sesuatu blog. Tetapi mengikuti perkembangan terbaru sesuatu blog. Ada beberapa cara untuk kita kekal mengikuti sesuatu blog. Antaranya ialah dengan melanggan feed dan melanggan update melalui email (jika perkhidmatan ini disediakan). Google friend connect juga akan memaparkan update terbaru sesuatu blog di dashboard orang yang mengikuti sesuatu blog (pengguna blogger sahaja).

CHATBOX

Boleh dikatakan ini ialah cara paling popular untuk tinggalkan jejak. Kebanyakkan orang lebih selesa menggunakan cara ini kerana ianya lebih mudah dan pantas. Cara ini tidak digalakkan kerana ianya tidak memberi sebarang kebaikan kepada penggunanya. Lebih baik tinggalkan jejak di ruangan komen. Sekurang-kurangnya anda dapat backlink dari blog yang anda tinggalkan komen. lebih menguntungkan jika blog itu “do follow”.

Mari kembali berblog walking dengan cara yang betul dan hindari dari menggunakan software seperti auto shout kerana ianya hanya menguntungkan 1 pihak.

 
1 Comment

Posted by on December 5, 2011 in Blogger Tips

 

Tags: , , , , , ,

One response to “Kepentingan “Blog Walking”

  1. daimpressive

    December 17, 2011 at 8:28 pm

    Blogwalking dari blogger baru:
    http://suaraserak.blogspot.com/
    Read it. Feel it. Taste it.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: