RSS

Lensa: Yang Mana Pilihan Kita?

13 Dec

Pemilihan tajuk ini sejajar dengan kata carian terbanyak yang ditulis di dalam blog ini maka Dreamphotostory mengambil inisiatif untuk membuat sebuah artikel khas berkaitan dengannya. Saya cuba untuk beri pendekatan ringkas untuk senang kita faham. Banyak pendapat mengatakan lensa yang dipilih lebih penting daripada body camera. Ini kerana:

 

1. Kualiti lensa selaras dengan kualiti gambar

 

2. Lensa yang digunakan menunjukkan siapa diri kita sebenar dan apa yang kita pandang.

 

 

Lensa bertanggungjawab untuk memastikan gambar kita jelas dan fokus kerana cahaya yang nak masuk ke dalam kamera mesti melalui lensa dulu. Kalau kanta kaca pada lensa itu berkualiti rendah, gambar yang terhasil pun akan kurang kualitinya. Dahulu persoalan harga merupakan satu lagi persoalan apabila kita mencari sesuatu lensa.

 

Berhati-hati dengan lensa yang murah, kerana kantanya mungkin murah. Tapi ia tidak semestinya tepat. Lebih baik sekiranya buat kaji selidik terlebih dahulu, bandingkan harga di setiap kedai dan dapatkan review daripa mereka yang sudah menggunakannya. Sertai forum di internet.

 

Satu lagi kepentingan lensa ialah ia akan menunjukkan apa sebenarnya yang kita nampak.

 

Contohnya

 

1. Kita tidak boleh closeup subjek dari jarak jauh dengan menggunakan lensa sudut lebar (wide angle lens). Untuk situasi ini, gunakan lensa telefoto.

 

2. Lensa telefoto pula tak boleh ambil foto portrait sebab kena berdiri jauh dari subjek.

 

Terdapat 4 jenis lensa utama:

 

1. wide angle (sudut lebar)

 

2. standard (asas-kit)

 

3. telephoto

 

4. extreme telephoto

 

Secara amnya seperti di bawah:

 

JENIS LENSA KEGUNAAN
Wide Angle Building Interiors, Landscapes
Standard Portraits, Landscapes
Telephoto Portraits, Closeups, Wildlife
Extreme Telephoto Wildlife, Pro Sports

 

 

 

 

 

 

 

 

One of Canon's most popular wide-angle lenses ...

Image via Wikipedia

 

 

 

 
Leave a comment

Posted by on December 13, 2011 in Photography Tips

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: