RSS

Category Archives: Photography Tips

MFD itu pentingkah?

Semua sedia maklum, kamera sekarang memang dilengkapi dengan titik fokus supaya foto lebih jelas bila kita fokuskan padanya walaupun dari jarak yang dekat dan tidak blur. Secara umum, titik ini biasa disebut Minimum Focusing Distance (MFD) atau jarak fokus minimum. MFD dinyatakan dalam satuan panjang (misal 0,5 m) diukur dari jarak sensor cahaya di kamera sampai dengan objek foto.

Contoh kalau lensa tersebut tertulis 0.25m maksudnya jarak sensor dengan objek adalah minimum 25cm.

Di mana boleh kita lihat nombor tersebut? Ia ada pada lensa dan juga manual kamera.

Pengetahuan tentang jarak ini penting bagi mereka yang menceburi bidang fotografi makro (close up). Kebiasaan bagi penggiat fotografi makro, mereka menggunakan jarak minimum 16cm maka objek akan lebih dekat dengan sensor lensa.

Untuk lensa biasa (bukan makro) jarak kebiasaannya ialah 40cm MFD.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on January 12, 2012 in Photography Tips

 

Tags: , , , ,

Lensa: Yang Mana Pilihan Kita?

Pemilihan tajuk ini sejajar dengan kata carian terbanyak yang ditulis di dalam blog ini maka Dreamphotostory mengambil inisiatif untuk membuat sebuah artikel khas berkaitan dengannya. Saya cuba untuk beri pendekatan ringkas untuk senang kita faham. Banyak pendapat mengatakan lensa yang dipilih lebih penting daripada body camera. Ini kerana:

 

1. Kualiti lensa selaras dengan kualiti gambar

 

2. Lensa yang digunakan menunjukkan siapa diri kita sebenar dan apa yang kita pandang.

 

 

Lensa bertanggungjawab untuk memastikan gambar kita jelas dan fokus kerana cahaya yang nak masuk ke dalam kamera mesti melalui lensa dulu. Kalau kanta kaca pada lensa itu berkualiti rendah, gambar yang terhasil pun akan kurang kualitinya. Dahulu persoalan harga merupakan satu lagi persoalan apabila kita mencari sesuatu lensa.

 

Berhati-hati dengan lensa yang murah, kerana kantanya mungkin murah. Tapi ia tidak semestinya tepat. Lebih baik sekiranya buat kaji selidik terlebih dahulu, bandingkan harga di setiap kedai dan dapatkan review daripa mereka yang sudah menggunakannya. Sertai forum di internet.

 

Satu lagi kepentingan lensa ialah ia akan menunjukkan apa sebenarnya yang kita nampak.

 

Contohnya

 

1. Kita tidak boleh closeup subjek dari jarak jauh dengan menggunakan lensa sudut lebar (wide angle lens). Untuk situasi ini, gunakan lensa telefoto.

 

2. Lensa telefoto pula tak boleh ambil foto portrait sebab kena berdiri jauh dari subjek.

 

Terdapat 4 jenis lensa utama:

 

1. wide angle (sudut lebar)

 

2. standard (asas-kit)

 

3. telephoto

 

4. extreme telephoto

 

Secara amnya seperti di bawah:

 

JENIS LENSA KEGUNAAN
Wide Angle Building Interiors, Landscapes
Standard Portraits, Landscapes
Telephoto Portraits, Closeups, Wildlife
Extreme Telephoto Wildlife, Pro Sports

 

 

 

 

 

 

 

 

One of Canon's most popular wide-angle lenses ...

Image via Wikipedia

 

 

 

 
Leave a comment

Posted by on December 13, 2011 in Photography Tips

 

Keperitan Kalau Fungus Menyerang

Image

Dalam dunia fotografi ni, bak kata orang utara memang renyah dan merumitkan dari segi peralatan, penggunaan hinggalah kepada penjagaannya. dah la kosnya agak ‘riban-riban‘, kalau kita terlepas pandang dari sudut penjagaannya, padah yang kita terima.

Jadi kepada yang baru berjinak-jinak, tolongla fikirkan tentang penjagaan gear anda. Dah keluarkan kos untuk beli body, lensa berbagai. kita kena ingat mana nak simpan semua tu supaya takde cik fungus melawat…hehehe.

Fungus adalah sejenis kulat dan bersifat parasit. Ia datang disebabkan oleh faktor kelembapan dan suhu persekitaran yang menggalakkan pertumbuhannya.Ia bukan sahaja merosakkan gear malah mencacatkan mutu gambar yang terhasil. Apa yang diharapkan, jangan bila kita dah siap sesi fotografi je, bila balik rumah, semua gambar kita ada ‘something’ pada tempat yang sama. ha…masalah tu.

Kos untuk mencuci masalah diserang fungus ni pulak boleh mencecah ratusan ringgit. ongkos lagi. Untuk semetara waktu boleh je dengan drybox DIY. Boh thirsty hippo atau silica gel dulu. Tapi selalu gak kena tukar bila semua tu dah jadi air atau gel. Ada satu lagi cara nak elakkan kulat ni ialah dengan selalu guna gear anda tu.

Untuk jangka panjang, boleh la kumpul duit untuk dapatkan dry box. Kosnya dalam RM250++ la. Macam-macam brand terpulang pada bajet kita. Suhu yang sesuai untuk dalam dry box tu lebih kurang 45-47C.

 
Leave a comment

Posted by on December 12, 2011 in Photography Tips

 

Tags: , , , , , , ,

Gallery

Pencahayaan (Lighting)

18-55mm 1/10 f4.5 ISO1600

Seberang Perai, Pulau Pinang

18-55mm 1/30 f5.6 ISO200

Uitm Seberang Perai

Untuk dimakan atau pameran?

Pencahayaan penting kerana tanpa cahaya, sesuatu fotografi tidak akan menjadi. Tak kira sama ada terdapat bantuan flash atau hanya sekadar cahaya persekitaran, ia adalah elemen yang sangat penting.

 
Leave a comment

Posted by on December 5, 2011 in Photography Tips

 

Tags: , , , , , ,

Kebaikan DSLR

Cepat. Buktinya,

Pernahkah anda berhadapan dengan situasi seperti ini:

  • Hadir majlis penting dan nak dapat shot terbaik untuk momen penting
  • Kamera kompak biasa tidak boleh focus pada jangka masa yang diperlukan
  • Apabila kamera kompak sudah focus, anda tekan shutter tapi
  • DELAY (TERTUNDA) berlaku. Oh no!
  • Anda terlepas detik penting tersebut.

DSLR direka untuk kepantasan dalam bergambar.

DSLR

Kamera Kompak Digital

Ada shutter (pengatup)

Tiada shutter

Sensor secara mekanik

Sensor secara elektronik

Bersifat segera

Bergantung kepada motor

Tidak tertunda

Akan tertunda beberapa saat. Tunggu cahaya terkena pada sensor dan sensor mengaktifkan litar kamera.

Ada lensa khas:Foto lanskap – wide angle lens

Foto serangga dan bunga – macro lens

Foto haiwan liar – telephoto lens

Satu kamera, banyak lensa

Lensa kompak. Binaan dalam
Zoom dikawal secara manual Zoom dikawal oleh motor
Berkebolehan ambil foto  dengan baik dalam gelap atau kurang cahaya. Tidak bergantung kepada flash. Kurang kebolehan dalam keadaan kurang cahaya dan bergantung kepada flash
Memiliki cirian ISO. Ia buatkan sensor sensitif pada cahaya. Foto kurang efek noise Ada yang memiliki ISO tapi akan menjadikan foto itu “noise”.
Lebih kreatif. Manusia mengawal mesin Terbatas. Mesin mengawal manusia

Terpulang pada kita, yang mana kita perlukan.

 
Leave a comment

Posted by on November 29, 2011 in Photography Tips

 

Definisi SLR

Maksud SLR ialah Single Lens Reflex

Dengan kamera SLR, apa yang kita nampak, sama dengan apa yang lensa nampak namun ketepatannya ialah lebih kurang 95% saja. Dalam beberapa ulasan kamera, biasanya ada terjumpa istilah “viewfinder coverage” dan “viewfinder brightness”. Viewfinder DSLR juga berbeza dari segi brightness. Ciri kejelasan imej dipengaruhi oleh tahap kecerahan viewfinder.

Banyak pendapat mengatakan bahawa lensa yang mempunyai peranan sangat penting berbanding model DSLR atau jenama. Kadangkala, kita dapat guna body camera untuk jangka masa yang lama dan hanya perlu tukar lensa saja.

Kita gagal ambil gambar terbaik dengan menggunakan DSLR disebabkan oleh faktor tidak bersedia dan bukannya kerana kamera tidak bagus

 
Leave a comment

Posted by on November 29, 2011 in Photography Tips

 

Kamera digital SLR terbaik untuk DIRI ANDA

Bagi peminat dunia fotografi, memiliki kamera sendiri merupakan salah satu elemen penting namun apakah Digital SLR yang terbaik untuk kita?

DSLR terbaik adalah DSLR yang membantu kita mengambil segala foto yang kita suka.

Kebanyakan DSLR mempunyai ciri-ciri yang hampir sama, jadi yang mana terbaik?

Tipnya, kenal pasti pendapat dan kegemaran dalaman kita dalam fotografi.

Tanya diri sendiri, foto apa yang kita suka tangkap?

Berikut adalah beberapa gaya fotografik yang boleh membantu:

Action dan sukan:

  • Suka ambil foto kanak-kanak dan haiwan peliharaan.  Mereka sentiasa bergerak dan memberikan gaya menarik. Jarang dapat duduk diam.

Portrait:

  • Mengagumi keunikan wajah. Bila ke tempat menarik, anda suka ambil foto wajah berbanding pemandangan.

Pemandangan (Lanscape):

  • Bertentangan dengan fotografi portrait. Portrait berinteraksi dengan orang manakala fotografi landscape berinteraksi dengan persekitaran sekeliling.

Macro:

  • Menggemari sesuatu yang terperinci. Cuba melihat dunia yang kecil.

Malam/Cahaya yang suram:

  • Suka ambil foto malam dan segala pergerakan dalam jangka waktu tersebut.

Pengembaraan/ Outdoor:

  • Anda bawa kamera bersama di mana sahaja anda berada. Kamera anda mestilah bersaiz kecil dan ringan.

Indoor:

  • Suka ambil foto kanak-kanak kecil bermain, jamuan hari jadi, makan malam, atau acara-acara yang berlaku di dalam sesuatu tempat secara indoor.

Spontan:

  • Suka menanti sesuatu momen yang menarik dan di luar jangkaan. Mampu memberikan penceritaan tersendiri.

Terancang (Studio):

  • Merancang terlebih dahulu apa yang hendak diambil. Semuanya mesti berada dalam keadaan terbaik.

Jalanan (Street):

  • Seperti fotografi spontan, ia lebih kepada keadaan di jalanan contohnya aktiviti harian di pasar, suasana di sekolah dan sebagainya.
 
Leave a comment

Posted by on November 29, 2011 in Photography Tips