RSS

Tag Archives: dslr

Bahagian 1: Yang patut kita tahu bila guna auto mode pada kamera

Semua kamera sama ada digital kamera ataupun DSLR mempunyai mode auto. Walau secanggih mana pun skill kadang-kadang mode auto ni penting juga. Usah pandang rendah pada mereka yang guna mode ini. Jangan malu namun terdapat beberapa perkara penting yang patut kita tahu bila guna mode ini.

Idea paling asas bila kita amik gambar ialah cuba masukkan jumlah cahaya yang tepat. Istilah exposure ialah bila sejumlah cahaya sampai pada sensor. Terlalu banyak cahaya, shot akan jadi overexposure dan gambar akan nampak sangat terang manakala underexposure menjadikan gambar nampak gelap dan hitam.

Tiga asas settings untuk mengenalpasti exposure:

  • Aperture-saiz bukaan dalam lensa. Semakin besar bukaan, semakin cepat cahaya terkena sensor.
  • Masa Exposure-jika sensor terkena cahaya dalam jangka masa dua kali ganda, jumlah cahaya yang sampai pada sensor juga akan jadi dua kali ganda.
  • ISO-tahap sensitiviti sensor terhadap cahaya. Terdapat satu formula untuk tahu ISO yang sesuai- menggandakan tahap sensitiviti. Contohnya ISO 100=>200

Secara mudah dan praktikal- Ambil beberapa gambar sewaktu hari cerah (panas), kemudian masuk ke dlm bangunan. Cahaya di dalam bangunan kurang berbanding di luar, jadi untuk dapat exposure yang sama,
tinggikan aperture, ISO atau masa exposure (salah satu).

 

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on November 24, 2011 in Photography Tips

 

Tags: , , , ,

Sistem DSLR Kamera Yang Sesuai Untuk Bersiar-siar

Bagi pemilik dslr, anda mesti berkeinginan merakam saat-saat indah menurut pandangan mata anda namun yang menyekat hasrat tersebut semestinya berkenaan
dengan saiz dan berat kamera tersebut, tambahan pula harga setiap kamera itu bukan murah.
Mana yang nak bawa beg, lensa dan sebagainya. Ditambah pula dengan berat kamera itu sendiri. Berikut merupakan beberapa saranan bagi yang ingin bersiar-siar
bersama dslr anda:

1. Kamera DSLR berukuran kecil /biasanya ditujukan untuk beginner seperti Canon 550D, Nikon D3100, 1100D dan sebagainya.
2. Lensa standard (kit lens) 18-55mm f/3.5-5.6 biasanya cukup lebar dan cukup panjang untuk foto jalan-jalan
3. Lensa telefoto zoom seperti 55-200mm f/4-5.6 (kalau di Canon 55-250mm) agak praktikal kerana ringan dan harga tidak begitu mahal
4. Lensa fix berbukaan besar seperti 50mm f/1.8.

Tiga jenis lensa yang disebutkan di atas adalah yang terbaik untuk kita bawa semasa kita keluar jalan-jalan. Tak begitu membebankan, dan harga yang sederhana.
Cubalah

 
Leave a comment

Posted by on November 15, 2011 in Photography Tips

 

Tags: , ,