RSS

Tag Archives: kamera

Keperitan Kalau Fungus Menyerang

Image

Dalam dunia fotografi ni, bak kata orang utara memang renyah dan merumitkan dari segi peralatan, penggunaan hinggalah kepada penjagaannya. dah la kosnya agak ‘riban-riban‘, kalau kita terlepas pandang dari sudut penjagaannya, padah yang kita terima.

Jadi kepada yang baru berjinak-jinak, tolongla fikirkan tentang penjagaan gear anda. Dah keluarkan kos untuk beli body, lensa berbagai. kita kena ingat mana nak simpan semua tu supaya takde cik fungus melawat…hehehe.

Fungus adalah sejenis kulat dan bersifat parasit. Ia datang disebabkan oleh faktor kelembapan dan suhu persekitaran yang menggalakkan pertumbuhannya.Ia bukan sahaja merosakkan gear malah mencacatkan mutu gambar yang terhasil. Apa yang diharapkan, jangan bila kita dah siap sesi fotografi je, bila balik rumah, semua gambar kita ada ‘something’ pada tempat yang sama. ha…masalah tu.

Kos untuk mencuci masalah diserang fungus ni pulak boleh mencecah ratusan ringgit. ongkos lagi. Untuk semetara waktu boleh je dengan drybox DIY. Boh thirsty hippo atau silica gel dulu. Tapi selalu gak kena tukar bila semua tu dah jadi air atau gel. Ada satu lagi cara nak elakkan kulat ni ialah dengan selalu guna gear anda tu.

Untuk jangka panjang, boleh la kumpul duit untuk dapatkan dry box. Kosnya dalam RM250++ la. Macam-macam brand terpulang pada bajet kita. Suhu yang sesuai untuk dalam dry box tu lebih kurang 45-47C.

 
Leave a comment

Posted by on December 12, 2011 in Photography Tips

 

Tags: , , , , , , ,

Bahagian 1: Yang patut kita tahu bila guna auto mode pada kamera

Semua kamera sama ada digital kamera ataupun DSLR mempunyai mode auto. Walau secanggih mana pun skill kadang-kadang mode auto ni penting juga. Usah pandang rendah pada mereka yang guna mode ini. Jangan malu namun terdapat beberapa perkara penting yang patut kita tahu bila guna mode ini.

Idea paling asas bila kita amik gambar ialah cuba masukkan jumlah cahaya yang tepat. Istilah exposure ialah bila sejumlah cahaya sampai pada sensor. Terlalu banyak cahaya, shot akan jadi overexposure dan gambar akan nampak sangat terang manakala underexposure menjadikan gambar nampak gelap dan hitam.

Tiga asas settings untuk mengenalpasti exposure:

  • Aperture-saiz bukaan dalam lensa. Semakin besar bukaan, semakin cepat cahaya terkena sensor.
  • Masa Exposure-jika sensor terkena cahaya dalam jangka masa dua kali ganda, jumlah cahaya yang sampai pada sensor juga akan jadi dua kali ganda.
  • ISO-tahap sensitiviti sensor terhadap cahaya. Terdapat satu formula untuk tahu ISO yang sesuai- menggandakan tahap sensitiviti. Contohnya ISO 100=>200

Secara mudah dan praktikal- Ambil beberapa gambar sewaktu hari cerah (panas), kemudian masuk ke dlm bangunan. Cahaya di dalam bangunan kurang berbanding di luar, jadi untuk dapat exposure yang sama,
tinggikan aperture, ISO atau masa exposure (salah satu).

 

 
Leave a comment

Posted by on November 24, 2011 in Photography Tips

 

Tags: , , , ,