RSS

Tag Archives: pelawat

Kepentingan “Blog Walking”

Bila kita “berblog walking” benda yang tak akan kita lupakan ialah meninggalkan jejak. Apabila kita meninggalkan jejak sudah tentu tuan blog yang kita lawati tadi akan cuba membalas jejak yang kita tinggalkan.

Bila berlakunya proses lawat melawati ini sekurang-kurangnya kita dapat membentuk hubungan sesama blogger. Dengan hubungan ini kita besama-sama dapat meningkatkan tahap dan kualiti kedua-dua blog. Bertukar dan berkongsi pendapat sesama blogger ialah tujuan sebenarnya kita berblog.

Tetapi akhir-akhir ini terdapat satu fenomena dimana hubungan ini tidak lagi terjalin kerana kehidupan di dunia blog tidak lagi seperti ini. Sekarang sudah adanya program atau software yang telah dicipta untuk mengambil alih kerja manusia untuk berhubung contohnya seperti meninggalkan komen dan shout di chatbox.

Keburukan fenomena ini ialah kita tidak lagi berhubung sesama manusia. Tetapi kita berhubung dengan robot. Ini akan membentuk hubungan 1 hala.

Ada beberapa cara yang betul untuk kita meninggalkan jejak dengan betul ketika kita berblog. Antara cara-caranya ialah :

TINGGALKAN KOMEN

Ini Cara terbaik untuk kita meninggalkan jejak. Dengan meninggalkan komen, kita dapat memberi cadangan atau pendapat kita secara peribadi terhadap sesuatu artikel. Cara ini menunjukkan yang kita menghargai karya seseorang dan sekaligus dapat memberi semangat kepada penulis untuk menulis lagi.

FOLLOW

Follow disini bukan hanya menjadi follower sesuatu blog. Tetapi mengikuti perkembangan terbaru sesuatu blog. Ada beberapa cara untuk kita kekal mengikuti sesuatu blog. Antaranya ialah dengan melanggan feed dan melanggan update melalui email (jika perkhidmatan ini disediakan). Google friend connect juga akan memaparkan update terbaru sesuatu blog di dashboard orang yang mengikuti sesuatu blog (pengguna blogger sahaja).

CHATBOX

Boleh dikatakan ini ialah cara paling popular untuk tinggalkan jejak. Kebanyakkan orang lebih selesa menggunakan cara ini kerana ianya lebih mudah dan pantas. Cara ini tidak digalakkan kerana ianya tidak memberi sebarang kebaikan kepada penggunanya. Lebih baik tinggalkan jejak di ruangan komen. Sekurang-kurangnya anda dapat backlink dari blog yang anda tinggalkan komen. lebih menguntungkan jika blog itu “do follow”.

Mari kembali berblog walking dengan cara yang betul dan hindari dari menggunakan software seperti auto shout kerana ianya hanya menguntungkan 1 pihak.

Advertisements
 
1 Comment

Posted by on December 5, 2011 in Blogger Tips

 

Tags: , , , , , ,

Kaedah Tingkatkan Trafik ke Blog

Apabila sesebuah blog dihasilkan, persoalan pertama blogger ialah bagaimana nak bagi orang baca blog ni. Takkan hanya seorang dua sahaja yang tengok. Blogger mesti syok habis dan rasa puas bila ada orang singgah di blognya tambahan pula ada yang tinggalkan komen atau like. itu pun dah memang best sangat dah. Di sini ada beberapa tip yang boleh dijadikan pandduan. terima kasih kepada support from wordpress.com.

  1. Beritahu rakan anda di jaringan sosial anda tentang post terbaru anda. Boleh promosi di facebook, twitter dan sebagainya. Contoh di wordpress ada pautan Publicize. Gunakan ia.
  2. Pastikan kandungan post mudah dicari di enjin pencari seperti di Google, Yahoo!
  3. Bayar trafik ke blog anda. Boleh guna aplikasi seperti StumbleUpon. Ia mengenakan $0.05 sekali lawat. Pelawat dapat bayaran la.
  4. Galakkan rakan dan keluarga lawat laman blog anda. Promosi mulut ke mulut. Kos? Langsung tiada, hanya air liur sahaja. Galakkan mereka ikut langgan Follow Blog Widget.
  5. Guna katakunci (Tags) yang tepat. Masukkan kategori yang tepat. Jangan guna terlalu banyak tags. 5 hingga 10 adalah terbaik.
  6. Baca dan komen blog lain. Tinggalkan tanda di blog mereka. Di WordPress ada Freshly Pressed atau Global Tags. gunakan.
  7. Masukkan pautan (link) blog lain ke dalam blog anda. Kongsi pautan tersebut.
  8. Buat orang lain tahu entri anda.
  9. Post blog yang konsisten akan membina kepercayaan pembaca. Sekiranya perlukan inspirasi untuk menghasilkan post, dapatkan di Daily Post.
  10. Sabar, kebanyakkan blog mendapat trafik yang memuaskan setelah setahun beroperasi.
  11. Saiz tidak penting. Bukan jumlah pembaca yang penting tapi bagaimana kita dan pembaca ambil berat antara satu sama lain, itu yang paling penting.
 
Leave a comment

Posted by on November 23, 2011 in Blogger Tips

 

Tags: , , , ,