RSS

Tag Archives: pengguna

Kisah banding harga

Adakah anda membuat kajiselidik harga barang yang anda ingin beli terlebih dahulu atau terus beli tanpa sebarang perbandingan harga dibuat? Sekiranya anda mengabaikan penyataan tadi, anda sebenarnya mengabaikan hak anda sebagai pengguna.

Pada hujung minggu lepas saya sekeluarga membuat perbandingan harga ke atas sebuah barangan pengguna. Kami ke satu kedai kemudian ke satu kedai lain dan apa yang kami perolehi selain daripada harga barang secara purata, kami juga dapat maklumat tambahan berkenaan dengan barang tersebut.

Selain kedai yang berbeza, kami juga ke lokasi yang berbeza. Ada kedai di bandar, pinggir bandar dan dalam kawasan kampung. Jelas sekali harga lebih kurang sahaja tapi cara penjual menjual berbeza. Ada yang bagi diskaun, ada yang promosi ikut jenama, ada yang kutuk jenama lain dan satu yang paling menarik ialah terus bagi harga barang secara hutang. Yang lebih mencekik darah, jumlah bunga yang dikenakan lebih daripada harga barang tersebut. Sebagai contoh harga barang tersebut sekitar RM1100 tapi bayaran secara hutang menjadikan harga barang tersebut sebanyak RM2300. Bila kami mengatakan kami hendak membayar secara tunai, penjual tadi buat muka terkejut dan terus tidak mengendahkan kami. Apa lagi, kami terus berlalu sambil memikirkan kasihan kepada pembeli. Sudahlah ia di luar Bandar, kena pula bayar harga yang tinggi. Sungguh tidak patut.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on January 9, 2012 in Blogger Tips

 

Tags: , , , ,