RSS

Tag Archives: lens

MFD itu pentingkah?

Semua sedia maklum, kamera sekarang memang dilengkapi dengan titik fokus supaya foto lebih jelas bila kita fokuskan padanya walaupun dari jarak yang dekat dan tidak blur. Secara umum, titik ini biasa disebut Minimum Focusing Distance (MFD) atau jarak fokus minimum. MFD dinyatakan dalam satuan panjang (misal 0,5 m) diukur dari jarak sensor cahaya di kamera sampai dengan objek foto.

Contoh kalau lensa tersebut tertulis 0.25m maksudnya jarak sensor dengan objek adalah minimum 25cm.

Di mana boleh kita lihat nombor tersebut? Ia ada pada lensa dan juga manual kamera.

Pengetahuan tentang jarak ini penting bagi mereka yang menceburi bidang fotografi makro (close up). Kebiasaan bagi penggiat fotografi makro, mereka menggunakan jarak minimum 16cm maka objek akan lebih dekat dengan sensor lensa.

Untuk lensa biasa (bukan makro) jarak kebiasaannya ialah 40cm MFD.

 
Leave a comment

Posted by on January 12, 2012 in Photography Tips

 

Tags: , , , ,

Bila sudah gila gadget

Tajuk entri ni berkaitan dengan kegilaan baru. Baru tak baru pun dah hampir 2 tahun dreamphotostory terbabit dengan dslr world. dari zero sampai la sekarang ni. Rasanya ada improvement la sket-sket. dari tak tahu makna aperture, jenis lens yang nak guna sampai la boleh amik gambar tanpa guna flash.

Tapi rasanya banyak lagi yang perlu dreamphotostory belajar. Ilmu ni sungguh luas dan yang ada pada saya boleh la diumpamakan setitis sahaja. Betapa naifnya.

Yang terkini dalam koleksi saya ialah lensa Canon 50mm F1.8 II. Beli kat ICT Komtar, Penang. Kedai depan KFC tu. Bagi mereka yang gila gadget dan dslr, rasanya lebih arif tempat tersebut. Good price tuu.

contoh gambar yang guna lensa jenis ni dan efeknya:

Gambar contoh dari http://hair3e.blogspot.com/

Jadi, berbunga-bungalah hati.

 
Leave a comment

Posted by on December 5, 2011 in Photo Gallery

 

Tags: , , , , , ,

Tips membeli lensa terpakai

Lensa adalah aksesori terpenting bagi sesebuah kamera selepas body. Di pasaran terdapat pelbagai jenis lensa mengikut acara yang tertentu contohnya wide lens, macro lens, kit lens dan sebagainya.
Harga bagi sesebuah lensa tersebut adalah pelbagai dan ia menjadi salah satu faktor yang menyekat seseorang fotografer amatur mengembangkan bakatnya.
Di atas faktor tersebut, lensa terpakai sering menjadi buruan bagi yang mempunyai bajet sederhana.
Yang menjadi persoalan, sejauh manakah lensa terpakai ini benar-benar dapat berfungsi dengan baik? Hanya yang pakar dapat menilai persoalan tersebut.
Di sini dapat dinyatakan beberapa tips yang boleh dijadikan panduan asas bagi kita semasa mencari lensa terpakai.

1. Ada garisan di depan dan belakang lensa
Periksa depan lensa dengan membersihkannya terlebih dahulu dengan blower. Kemudian lap dengan pencuci lensa menggunakan kain microfiber. Selepas itu baru la periksa sama ada terdapat kesan calar atau garisan pada bahagian depan dan belakang lensa.
Jika terdapat kesan tersebut, periksa sama ada saiznya besar dan di tengah lensa. Jika ia seperti yang disebutkan tadi, ia boleh mempengaruhi mutu/kualiti gambar yang terhasil. Jika kesan tersebut kecil dan di tepi, ia tidak ketara sangat dari segi kualiti gambar.

Sekiranya garisan tersebut kena pada bahagian belakang lensa, ia akan terus mempengaruhi mutu gambar terhasil.

2. Terdapat debu di bahagian dalam lensa
Sekiranya hanya sedikit debu, ia tidak menurunkan mutu gambar namun jika debu tersebut berkumpul dan berkelompok, ia boleh menurunkan kualiti gambar kelak.
Pembersihan debu dari lensa tidak boleh dilakukan sesuka hati tapi diuruskan oleh mereka yang profesional sahaja.

3. Ketumbuhan kulat/kulapok
Kulat adalah parasit. Sekiranya lensa tersebut terkena jangkitan kulat, mutu gambar dari lensa tersebut sangat kurang baik dan mengecewakan. Kulat yang sedikit akan menyebabkan gambar menjadi sedikit gelap.
jangkitan kulat yang serius akan menyebabkan gambar menjadi sangat gelap dan kabur. Kulat muncul kerana faktor penyimpanan yang tidak bersih, berdebu dan persekitaran yang lembap. Adalah dinasihatkan agar beg kamera atau di mana-mana tempat menyimpan kamera mesti memiliki gel penyerap kelembapan
seperti ditemui dalam kotak kasut dan sebagainya.


Untuk mengatasi masalah lensa berkulat adalah rumit dan melecehkan. Pembuangan kulat hanya dijalankan oleh profesional dan proses tersebut boleh mengakibat kesan sampingan yang tidak diingini seperti kerosakan pada coating dan focusing calibration.
Oleh itu antara tabiat yang elok untuk mengurangkan risiko jangkitan kulat pada peralatan anda ialah dengan selalu membawanya keluar ke bawah matahari, dalam erti kata lain ialah menggunakannya dengan kerap. Peralatan yang disimpan terlalu lama dalam keadaan yang tidak sesuai tentunya mempunyai risiko kulat yang lebih tinggi.

4. Sistem mekanikal masih berfungsi
Pemeriksaan pada sistem zoom dan fokus lensa juga penting. Cuba pastikan ia lancar dan tidak tersekat-sekat. Jika tersekat, kemungkinan besar terdapat habuk atau pasir pada sistemnya.
Terdapat juga lensa yang direka dengan sistem zoom yang berat jadi pemeriksaan pengguna kamera tersebut dan acara yang biasa dihadiri juga penting.

Inilah beberapa tips ringkas untuk saya kongsi dengan korang semua.

 
Leave a comment

Posted by on November 15, 2011 in Photography Tips

 

Tags: , , ,