RSS

Category Archives: Blogger Tips

Lebih Berjaya dan Berjaya Perlukan Doa

Rabbighfirli.. (Tuhanku, ampuni aku..)
Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah.  Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan.
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni.. (Sayangi aku..)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.  Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima.  Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.

Wajburnii..  (Tutuplah aib-aibku..)
Warfa’nii..   (Angkatlah darjatku..)
Warzuqnii.. (Berilah aku rezeki..)
Wahdinii..    (Berilah aku petunjuk..)
Wa’Aafinii.. (Sihatkan aku..)
Wa’fuannii..(Maafkan aku..)

Mohon Allah mendengar isi hati kita dan membantu kita menempuhi segala ujian yang datang dengan berjaya.

 
Leave a comment

Posted by on January 10, 2012 in Blogger Tips

 

Tags: ,

Kisah banding harga

Adakah anda membuat kajiselidik harga barang yang anda ingin beli terlebih dahulu atau terus beli tanpa sebarang perbandingan harga dibuat? Sekiranya anda mengabaikan penyataan tadi, anda sebenarnya mengabaikan hak anda sebagai pengguna.

Pada hujung minggu lepas saya sekeluarga membuat perbandingan harga ke atas sebuah barangan pengguna. Kami ke satu kedai kemudian ke satu kedai lain dan apa yang kami perolehi selain daripada harga barang secara purata, kami juga dapat maklumat tambahan berkenaan dengan barang tersebut.

Selain kedai yang berbeza, kami juga ke lokasi yang berbeza. Ada kedai di bandar, pinggir bandar dan dalam kawasan kampung. Jelas sekali harga lebih kurang sahaja tapi cara penjual menjual berbeza. Ada yang bagi diskaun, ada yang promosi ikut jenama, ada yang kutuk jenama lain dan satu yang paling menarik ialah terus bagi harga barang secara hutang. Yang lebih mencekik darah, jumlah bunga yang dikenakan lebih daripada harga barang tersebut. Sebagai contoh harga barang tersebut sekitar RM1100 tapi bayaran secara hutang menjadikan harga barang tersebut sebanyak RM2300. Bila kami mengatakan kami hendak membayar secara tunai, penjual tadi buat muka terkejut dan terus tidak mengendahkan kami. Apa lagi, kami terus berlalu sambil memikirkan kasihan kepada pembeli. Sudahlah ia di luar Bandar, kena pula bayar harga yang tinggi. Sungguh tidak patut.

 
Leave a comment

Posted by on January 9, 2012 in Blogger Tips

 

Tags: , , , ,

Antara TV Plasma, LCD dan LED?

Melihatkan tajuk artikel ni je, boleh agak apa yang bermain di minda anda? Tunggu dulu, kita kena dapatkan info sebanyak yang boleh, baru lah kita akan dapat jawapan yang betul. Ok, berikut adalah beberapa idea yang boleh diguna pakai:

  • Tapi sedikit nasihatlah…if plasma hati2 ngan penggunaan letriknye…efek mase panjang.
  • plasma sesuai untuk gamerz dan skrinnya daripada kaca. Toreh tak calar.
  • if LCD hati2 ngan engine die…silap beli gamba xcantik. Warna hitam dia tidak original.
  • if LED …so far yg efect is our poketlah…the bigger the kempislah our poket. LED TV punye panel is LCD cume backlight dia pakai LED.. teknologi ni basically nak kasi TV tu lagi nipis dan save energy. In term of picture quality setahu saya sepatutnye takde beza dgn normal LCD. Yang ramai org tak puas hati sbb dia punye price tu terlampau mahal compared to nomal LCD utk benda yg lebih kurang sama.Warna hitam memang pure, sama macam tv biasa.
  • Kalau pakai utk movie, ambik LCD. kalau untuk astro, ambik la plasma..
 
Leave a comment

Posted by on January 3, 2012 in Blogger Tips

 

Tags: , ,

Kaedah untuk memperolehi MAC Address Nokia 5800 XM

Picture taken by Nokia 5800 Express Music.

Image via Wikipedia

English: Nokia 5800 XpressMusic

Image via Wikipedia

Image representing Nokia as depicted in CrunchBase
Image via CrunchBase

Dreamphotostory juga merupakan rangkuman pengalaman saya seharian. Artikel ini ditulis berkenaan dengan keghairahan kita dalam menggunakan internet menerusi wifi. Sekarang ini, kemudahan wifi mudah diperolehi sama ada secara percuma, berbayar ataupun kita cilok dari jiran sebelah secara senyap-senyakalau ada yang cilok, harap dapatkan yang percuma secara elok.

Wifi boleh digunakan sama ada menggunakan desktop, laptop, telefon bimbit dan yang terkini tablet. Ia mudah,murah dan kadar sambungannya agak memberangsangkan.

Hari ini saya menerima pelanggan yang datang untuk mendapatkan kemudahan wifi menerusi telefon bimbitnya. Sebelum ini, pelanggan saya banyak yang menggunakan telefon jenama Samsung, jadi mudahlah untuk saya set telefonnya. Pelanggan hari ini membawa telefon jenis Nokia. Hmmm…lama juga saya mencari-cari di mana MAC Address telefon ni dan akhirnya kena tanya juga pakcik Google. Rupanya macam ni jawapannya:

Kaedah untuk memperolehi MAC Address Nokia 5800 XM

  • Dial *#62209526#

dan nombor khas itu pun terpapar. Selamat mencuba

 
Leave a comment

Posted by on December 29, 2011 in Blogger Tips

 

Tags: , , , , , ,

Angry Bird memang wujud?

Angry Birds

Sekarang ni, ramai orang yang gila dengan Angry Bird. Ala, permainan yang lastik burung untuk bunuh haiwan oik oik warna hijau tu. Bukan setakat menjadi kegilaan penggemar permainan komputer, malah Angry Bird nidah jadi macam fenomena jenama seperti yang pernah terjadi semasa filem Titanic

Angry Birds

ditayangkan sekitar tahun 1997. Masa tu pensel, beg, t-shirt, kertas pembalut hadiah dan segalanya memaparkan gambar adegan dalam filem tu. Macam tu juga la yang jadi sekarang ni dengan Angry Bird. Anak saya pun ada baju tidur gambar burung ni. Tapi harus berjaga-jaga, kalau nak beli baju atau sebagainya pastikan gambar oik-oik warna hijau tu takde ye. Nanti tak pasal-pasal kena samak pulak.

 
Leave a comment

Posted by on December 29, 2011 in Blogger Tips

 

Tags: , ,

Kepentingan “Blog Walking”

Bila kita “berblog walking” benda yang tak akan kita lupakan ialah meninggalkan jejak. Apabila kita meninggalkan jejak sudah tentu tuan blog yang kita lawati tadi akan cuba membalas jejak yang kita tinggalkan.

Bila berlakunya proses lawat melawati ini sekurang-kurangnya kita dapat membentuk hubungan sesama blogger. Dengan hubungan ini kita besama-sama dapat meningkatkan tahap dan kualiti kedua-dua blog. Bertukar dan berkongsi pendapat sesama blogger ialah tujuan sebenarnya kita berblog.

Tetapi akhir-akhir ini terdapat satu fenomena dimana hubungan ini tidak lagi terjalin kerana kehidupan di dunia blog tidak lagi seperti ini. Sekarang sudah adanya program atau software yang telah dicipta untuk mengambil alih kerja manusia untuk berhubung contohnya seperti meninggalkan komen dan shout di chatbox.

Keburukan fenomena ini ialah kita tidak lagi berhubung sesama manusia. Tetapi kita berhubung dengan robot. Ini akan membentuk hubungan 1 hala.

Ada beberapa cara yang betul untuk kita meninggalkan jejak dengan betul ketika kita berblog. Antara cara-caranya ialah :

TINGGALKAN KOMEN

Ini Cara terbaik untuk kita meninggalkan jejak. Dengan meninggalkan komen, kita dapat memberi cadangan atau pendapat kita secara peribadi terhadap sesuatu artikel. Cara ini menunjukkan yang kita menghargai karya seseorang dan sekaligus dapat memberi semangat kepada penulis untuk menulis lagi.

FOLLOW

Follow disini bukan hanya menjadi follower sesuatu blog. Tetapi mengikuti perkembangan terbaru sesuatu blog. Ada beberapa cara untuk kita kekal mengikuti sesuatu blog. Antaranya ialah dengan melanggan feed dan melanggan update melalui email (jika perkhidmatan ini disediakan). Google friend connect juga akan memaparkan update terbaru sesuatu blog di dashboard orang yang mengikuti sesuatu blog (pengguna blogger sahaja).

CHATBOX

Boleh dikatakan ini ialah cara paling popular untuk tinggalkan jejak. Kebanyakkan orang lebih selesa menggunakan cara ini kerana ianya lebih mudah dan pantas. Cara ini tidak digalakkan kerana ianya tidak memberi sebarang kebaikan kepada penggunanya. Lebih baik tinggalkan jejak di ruangan komen. Sekurang-kurangnya anda dapat backlink dari blog yang anda tinggalkan komen. lebih menguntungkan jika blog itu “do follow”.

Mari kembali berblog walking dengan cara yang betul dan hindari dari menggunakan software seperti auto shout kerana ianya hanya menguntungkan 1 pihak.

 
1 Comment

Posted by on December 5, 2011 in Blogger Tips

 

Tags: , , , , , ,

Angin Pagi Jumaat

Saya suka baca blog yang informatif dan bukan sekadar gossip saja (walaupun layan juga). Blog yang menjadi pilihan seperti blog tarmizishukri.com, justkhai, adelacerecer.com, denaihati.com, iluvislam.com dan banyak lagi. Tahniah kepada semua blogger yang ada. Tambahan pula kalau blog atau laman web tu tentang fotografi, lagi la I follow.

Mengemaskini blog memerlukan komitmen yang tinggi, tambahan pula ada pengikut atau pelanggan yang dok tunggu apa je cerita yang nak keluar. Kalau dah lama tak kemaskini, nanti pengikut kita lari pula.

Hari ni, saya berceloteh merepek je. Bukan tak ada idea, tetapi tengah siapkan kerja-kerja lain (paperwork oh paperwork!).

Nanti sebuah artikel berkenaan megapixel akan menyusul. Tunggu jangan tak tunggu.

 
Leave a comment

Posted by on December 2, 2011 in Blogger Tips

 

Tags: , , , , , ,

Kaedah Tingkatkan Trafik ke Blog

Apabila sesebuah blog dihasilkan, persoalan pertama blogger ialah bagaimana nak bagi orang baca blog ni. Takkan hanya seorang dua sahaja yang tengok. Blogger mesti syok habis dan rasa puas bila ada orang singgah di blognya tambahan pula ada yang tinggalkan komen atau like. itu pun dah memang best sangat dah. Di sini ada beberapa tip yang boleh dijadikan pandduan. terima kasih kepada support from wordpress.com.

  1. Beritahu rakan anda di jaringan sosial anda tentang post terbaru anda. Boleh promosi di facebook, twitter dan sebagainya. Contoh di wordpress ada pautan Publicize. Gunakan ia.
  2. Pastikan kandungan post mudah dicari di enjin pencari seperti di Google, Yahoo!
  3. Bayar trafik ke blog anda. Boleh guna aplikasi seperti StumbleUpon. Ia mengenakan $0.05 sekali lawat. Pelawat dapat bayaran la.
  4. Galakkan rakan dan keluarga lawat laman blog anda. Promosi mulut ke mulut. Kos? Langsung tiada, hanya air liur sahaja. Galakkan mereka ikut langgan Follow Blog Widget.
  5. Guna katakunci (Tags) yang tepat. Masukkan kategori yang tepat. Jangan guna terlalu banyak tags. 5 hingga 10 adalah terbaik.
  6. Baca dan komen blog lain. Tinggalkan tanda di blog mereka. Di WordPress ada Freshly Pressed atau Global Tags. gunakan.
  7. Masukkan pautan (link) blog lain ke dalam blog anda. Kongsi pautan tersebut.
  8. Buat orang lain tahu entri anda.
  9. Post blog yang konsisten akan membina kepercayaan pembaca. Sekiranya perlukan inspirasi untuk menghasilkan post, dapatkan di Daily Post.
  10. Sabar, kebanyakkan blog mendapat trafik yang memuaskan setelah setahun beroperasi.
  11. Saiz tidak penting. Bukan jumlah pembaca yang penting tapi bagaimana kita dan pembaca ambil berat antara satu sama lain, itu yang paling penting.
 
Leave a comment

Posted by on November 23, 2011 in Blogger Tips

 

Tags: , , , ,